[Video]Lelaki Berkongsi Pengalaman Bersekolah Di Henry Gurney Raih Perhatian Ramai.

Kuala Lumpur: Pengalaman selama tiga tahun sebagai penghuni Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka dikongsikan bapa seorang anak, Muhammad Izzad Daniel Abdullah menerusi pelbagai video di TikTok dan Youtube sebagai pengajaran buat pengikutnya di platform itu.

Perkongsian di kedua-dua platform itu mendapat sambutan kerana sehingga kini, Muhammad Izzad,22 sudah mengumpul 33,600 pengikut di TikTok manakala 11,300 di Youtube.

Muhammad Izzad yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia mula berkongsi pengalamannya itu sejak Disember tahun lalu iaitu ketika mula aktif di TikTok.

” Sebenarnya, tujuan saya membuka akaun TikTok untuk mengikuti dan menonton dakwah disampaikan seorang rakan di platform itu.

” Kemudian, rakan cadangkan supaya saya kongsikan pengalaman dan pada mulanya maIu serta b1mbang dikec4m warganet.

” Namun, penerimaannya tldak seperti disangka kerana ramai rupanya yang memberi sokongan dan sebenarnya, saya mula berkongsi pengalaman di Youtube sebelum ke TikTok,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Muhammad Izzad berkata, banyak soalan diterima daripada pengikut dan dia cuba menjawab dengan sebaiknya berdasarkan pengalaman dilalui.

” Ramai berminat untuk tahu bagaimana perjalanan dan kehidupan saya dalam sekolah itu (Sekolah Henry Gurney) dan saya tldak keberatan berkongsi pengalaman dilalui.

” Ini kerana memang banyak pengalaman berharga dit1mba di situ namun saya cuba beri mesej kepada pengikut khususnya belia supaya javhi perbuatan jnayah dan ambil iktibar daripada kesiIapan saya lakukan.

” Ia kerana saya engg4n masa depan mereka mvsnah dan mengalami nasib sama seperti saya,” katanya.

Menceritakan bagaimana dia dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney, Muhammad Izzad berkata, semuanya selepas ditngkap oleh poIis susulan terbabit ke$ pec4h rumah ketika berusia 17 tahun.

Muhammad Izzad berkata, dia melakukan kegiatan itu dengan rakannya tetapi memikuI sepenuhnya kesaIahan perbuatan itu kerana engg4n mereka terk4ndas daripada menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Meskipun begitu, Muhammad Izzad mengakui member0ntak ketika mula ditempatkan di sekolah itu pada awalnya tetapi belajar menerima kenyataan dan mengubah sikap menjadi manusia yang lebih baik.

” Saya mula terjeb4k dengan kegiatan tldak sihat ketika berumur 12 tahun bermula dengan mengambil piI kvda, syabv dan kemudiannya m0rfin.

” Bekalan diperoleh daripada rakan dan kadangkala dibeli dengan wang cvri tetapi pembabitan dalam kegiatan itu bvkan kerana terpeng4ruh dengan rakan sebaliknya keinginan sendiri untuk mencuba.

” Disebabkan itu juga, pelajaran saya terganggv malah hanya bersekolah sehingga tingkatan empat sebelum berhenti dan berkahwin pada tahun berikutnya (ketika berusia 17 tahun).

” Namun, perkahwinan saya tldak bert4han lama kerana bekas isteri menuntut cera1 selepas saya dibebaskan dua tahun lalu,” katanya .

Muhammad Izzad berkata, perp1sahan itu antara uj1an berat terpksa ditanggvng kerana menyebabkannya hiIang hak jagaan anak.

Bagaimanapun, Muhammad Izzad bersyukur kerana diberi keizinan oleh mhkamah melawat anaknya yang menetap bersama bek4s isteri di Chini, Pahang cuma beIum dapat bertemu buat masa ini disebabkan pelaksanaan Per1ntah KawaIan Pergerakan (PKP).

Berkongsi hala tujunya, Muhammad Izzad berkata, dia sudah menyambung pengajian peringkat Diploma Pengurusan Penerbangan di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Taman Maluri, Kuala Lumpur, enam bulan lalu.

“Biarpun bersekolah sehingga tingkatan empat ,saya bersyukur kerana dapat menduduki SPM dua tahun lalu.

” Saya mendapat keputusan memuaskan iaitu 5A yang melayakkan saya menyambung pengajian di peringkat diploma.

” Impian saya menceburi sektor penerbangan selepas tamat pengajian nanti selain terus memberi kesedaran dan mengajak belia melakukan aktiviti berfaedah menerusi ceramah diberikan.

” Selain itu, saya juga berharap dapat menjejaki adik bongsu (Nik Muhammad Fakhrul Hakimi, 15) yang tldak ditemui sehingga kini kerana sejak usia lima bulan, saya diserahkan kepada keluarga angkat,” katanya yang dilantik sebagai ikon Projek Reben Kuning oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada April tahun lalu dan aktif memberi ceramah di sekolah sebelum PKP tahun lalu.

Video:

video lain boleh ke channel youtube dia.tekan link dibawah.

https://youtube.com/channel/UCHcBiFzO03LuczzGCTHevqA

Sumber: hm

Be the first to comment on "[Video]Lelaki Berkongsi Pengalaman Bersekolah Di Henry Gurney Raih Perhatian Ramai."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*