“Kami Bayar Sama-Sama, Jumlah Total Bahagi Dua” – Memey Suhaiza Kongsi T!ps Percutian Keluarga Besar

Pelakon Memey Suhaiza meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi percutiannya bersama keluarga yang turut disertai keluarga Abby Abadi.

 

Menerusi laman sos!al Instagram, Memey memuat naik foto keluarga besarnya untuk tatapan umum.

 

“From Teluk Chempedak with love. Alhamdulillah dapat luang masa dengan keluarga Johor, keluarga mertua kat Kuantan, keluarga besar saya juga.

“Kebetulan kakak saya @abby_abadi112 nak meniaga di Terengganu so sempatlah jumpa makan-makan, lepas rindu kejap dengan anak semua. All the best mama abah bermusafir kat Terengganu. Semoga dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki. Orang Terengganu jangan lupa support,” tulis Memey menerusi ruangan kapsyen.

 

Namun apa yang menarik perhatian seorang wargamaya adalah soal pembahagian bayaran jika keluarga besar pergi bercuti.

 

Menurut Memey, perbelanjaan untuk percutian yang melibatkan keluarga besar perlulah dibahagi sama rata.

“Kami bayar sama-sama. Segala bil perbelanjaan jalan-jalan, makan, bercuti, berapa total tu nanti bahagi dua,” tulis Memey menjawab persoalan pengikutnya.

Hasil tinjavan Gempak di ruangan komen, rata-rata pengikut cukup mengagvmi keluarga madu ini bercuti bersama-sama.

“Saya nampak keluarga awak bergelak ketawa tad ikat Teluk Cempedak lebih kurang jam 6 petang tadi,” tulis seorang wargamaya.

“Stay safe, sama-sama doa untuk sesame kita. Moga Allah lindungi dari jangk!tan segala w@bak yang mel@nda,” doa seorang wargamaya.

“Seronoknya! Kalau tau tadi pegi jugak Teluk Cempedak. Boleh jumpa depan mata family besar yang happy sokmo,” komen seorang wargamaya.

“Indah tengok family ni. Moga sentiasa dibawah lindungannya,” tulis seorang wargamaya.

Norman Hakim dan Memey mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim.

Sumber: gempak

Be the first to comment on "“Kami Bayar Sama-Sama, Jumlah Total Bahagi Dua” – Memey Suhaiza Kongsi T!ps Percutian Keluarga Besar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*