“Saat Aku Di Puncak, Bapa MeninggaI, Diisytihar Bankrap & Berpisah Dengan Isteri” – Fizo Omar

Pelakon Fizo Omar akui, peristiwa besar yang berlaku dalam hidupnya adalah sebahagian daripada ‘kekuatan’ dari Allah.Kata Fizo, ketika berada di puncak karier, dia kehilangan tiga perkara besar dalam hidupnya.

“Saat aku meniti puncak karier aku, satu demi satu Allah hantar ‘kekuatan’ pada aku.

“2011 bapa aku meninggaI, 2014 aku diisytiharkan bankrap dan 2019 berpisah dengan isteri.

“Kepahitan adalah satu ubat dan penawar, kemanisan adalah racun kehidupan. Dengan kepahitan dan kekuatan itu lah Allah memberi nikmat duniawi dan pencapaian kepada aku,” tulisnya di Instagram.

Fizo dalam pada itu berkongsi jatuh bangunnya dalam industri hiburan selama lebih 12 tahun.

“Alhamdulillah Allah aturkan perjalanan aku bermula di pentas Hero Remaja 2007/2008 setelah aku putuskan untuk g4ntung boot aku sebagai pemain bola sep4k sejak umur aku 12 tahun yang pernah mewakili Kelantan, Perlis, DBKL dan Team Malaysia. .

“3 tahun diberikan peluang untuk aku memajukan diri dalam bidang kejuruteraan sivil dan bermulalah kehidupan aku sebagai Fizo Omar.

“Terlalu banyak benda best nikmat Allah untuk ceritakan, tapi hadirnya kejayaan pasti bersama cab4ran dan dugaan dari-Nya,” tambah Fizo.

 

View this post on Instagram

 

2008 ( age 23 ) – 2020 ( age 35 ) . 12 years journey as Fizo Omar. Alhamdulillah Allah aturkan perjalanan aku bermula di pentas Hero Remaja 2007/2008 setelah aku decide utk gantung boot aku sebagai pemain bola sepak sejak umur aku 12 tahun yg pernah mewakili Kelantan,Perlis, Tnb Kelantan , DBKL dan juga Team Malaysia. . 3 tahun diberikan peluang utk aku upgradekan diri dalam bidang civil engineering Uitm Arau,Perlis.dan bermulalah kehidupan akn sebagai Fizo Omar.terlalu byk benda best nikmat Allah utk ceritakan, tapi hadirnya kejayaan pasti bersama cabaran dan dugaan dariNYA. . Saat aku meniti puncak career aku, satu demi satu Allah hantar ‘kekuatan’ pd aku. 2011 – bapa aku meninggal, 2014 – aku diishtiarkan bankrap, 2019 – berpisah dgn isteri. . Kepahitan adalah satu ubat dan penawar, kemanisan adalah racun kehidupan. Dengan kepahitan dan kekuatan itu lah Allah memberi nikmat duniawi dan pencapaian kpd aku. . 2012 – ikon belia Negara, 2014 – Emerging young entrepreneur, 2015 – ikon usahawan belia Kelantan, 2017 – Ikon social media, 2019 – Social Entrepreneur of the year. . Alhmdllh sekarang selain dari berlakon,aku memperjuangkan company aku . – Fizo Omar Channel sdn bhd. – Fizo Omar Catering sdn bhd. – Fizo Omar Creative PLT. Dan sebagai seorang speaker, dah lebih 200 pentas aku berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yg aku.Tiada apa yg boleh aku banggakan selain rasa penuh bersyukur dgn nikmat Allah terhadap aku yg sentiasa lalai dan berdosa kepadaNYA. . Apa yg sentisa bermain di kepala aku adalah bukan soal ape yg aku dapat, berapa income dan gaji aku, berapa byk harta aku, tapi apa yg telah aku lakukan utk orng lain dan apa yang boleh aku sumbangkan, bahagiakan dan muliakan terhadap orang lain. . Aku percaya bila masa aku tiada nanti, bukanlah hitungan harta yg akan menjaga keturunan aku.Jangan sesekali pertikaikan percaturanNYA. . Ask urself, what i can give n contribute instead of what i can get! . #selfreminder

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Sepanjang pembabitan Fizo dalam dunia seni, pelakon kelahiran Kelantan itu pernah dilantik sebagai ikon belia negara dan usahawan sosial tahunan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DBongkar

Sumber : Gempak