COVID-19: 41 kes positif baharu dicatat dari kluster tabligh Sri Petaling

KUALA LUMPUR: Sebanyak 41 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikannya kes tertinggi dalam tempoh 24 jam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kesemua kes baharu itu adalah dari kluster jemaah tabligh Masjid Sri Petaling.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, kesemua kes baharu berkenaan adalah dalam kalangan patient under investigation (PUI) sebanyak 37 kes, dan kontak rapat COVID-19 sebanyak empat kes. .

“Dengan pertambahan 41 kes baharu ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 238 kes,” katanya lagi.

Menjelaskan lanjut, Dr Noor Hisham berkata, 203 kes masih dirawat di wad dengan lima daripadanya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan memerlukan bantuan pernafasan, selain diberikan rawatan anti-viral.

“Sehingga 14 Mac 2020, sebanyak 1,321 sampel dari pes4kit influenzalike-illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) telah diuji di IMR (Institut Penyelidikan Perubatan), semua makmal kesihatan awam dan hospitaI. Setakat ini tiga sampel positif j4ngkitan COVID-19. Kesemua kes positif ini berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, dua kes (kes ke-35 dan kes ke-61) yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini, telah pulih dan dibenarkan discaj dari wad HospitaI Sungai Buloh.

“Ini menjadikan 35 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj dari wad,” katanya lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DBongkar

Sumber : Awani