Video dikongsi Hairul raih 1 juta views, wajah Hanis Zalikha dikatakan iras Rose BIackpink jadi perhatian

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha merupakan antara pasangan selebriti yang jarang sekali terpaIit dengan kontr0versi yang mengejutkan peminat mereka.

Oleh sebab itu, Hairul Azreen mahupun Hanis Zalikha menjadi diantara selebriti yang cukup popular dalam industri seni tanah air. Bahkan menerusi laman Instagram, kedua-duanya memiliki pengikut yang sudah mencecah angka besar dimana ramai suka mengikuti perkembangan mereka.

Keluarga bahagia selebriti yang sering jadi perhatian ramai

Meskipun Hairul Azreen saja dilihat sangat aktif dalam bidang lakonan manakala Hanis Zalikha pula lebih fokus dalam bidang perniagaan namun peminat sangat suka melihat kemesraan mereka. Apatah lagi, kedua anak mereka iaitu Yusof dan Alisa turut sekali popular kerana mereka.

Pun begitu, baru-baru ini satu perkongsian Hairul Azreen menerusi laman Instagram miliknya telah mencecah lebih satu juta tontonan setelah dia meluahkan rasa rindu terhadap isterinya kerana dia memberitahu dirinya sibuk berkerja.

Menerusi perkongsian, Hairul Azreen memuat naik satu rakaman video isterinya, Hanis Zalikha yang kelihatan lucu apabila mereka dilihat bergurau bersama.

 

View this post on Instagram

 

@haniszalikha Hi buat apa tu? Tak sabar nak habis kerja

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Ternyata video dikongsikan Hairul Azreen kerana rindu akan isterinya membuatkan ramai meninggaIkan pelbagai reaksi lucu dan akui pasangan selebriti ini sangat sweet.

Reaksi terhibur netizen

Dalam pada masa yang sama, wajah Hanis Zalikha turut menjadi perhatian peminat dimana ada yang merasakan dia kelihatan seperti penyanyi dari K0rea popular iaitu Rose.

Penyanyi yang dikenali Rose itu sangat popular di serata dunia dimana dia merupakan saIah seorang ahli kumpulan Kp0p, BIackpink yang mana turut dianggotai oleh Jennie, Lisa dan Jisoo.

Wajah Hanis Zalikha dikatakan iras Rose

Sumber: Hairul Azreen

Via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DBongkar