Maya Matahari meninggaI dunia

PENYANYI dan penyampai radio, Haiza mengesahkan berita mengenai penyanyi, Mya Ruslee atau Maya Matahari yang disahkan meninggaI dunia hari ini akibat kans3r.

Haiza ketika dihubung berkata, dia masih menunggu maklumat terkini mengenai jen4zah arw4h.

“Saya dapat panggilan daripada Kak Ieda (Moin) yang memaklumkan mengenai berita ini. Setakat ini, saya dimaklumkan jenaz4h arw4h berada di Sungai Buloh, namun belum tahu di mana lokasinya secara spesifik,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Haiza, dia tahu bahawa rakannya itu menghidapi kans3r dan menjalani rawatan di China.

“Dia tak banyak berkongsi mengenai peny4kitnya. Yang saya tahu, dia menghidap kans3r sejak dia menyertai Gegar Vaganza musim kelima lagi pada 2018 dan baru saja pulang dari China selepas menjalani rawatan di sana.

“Kali terakhir saya bertemu dengan arw4h adalah ketika dia dimasukkan ke HospitaI Pantai Kuala Lumpur di Bangsar pada penghujung tahun lalu dan sejak itu, selalu berhubung menerusi telefon,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Winter time… 😅Lama pulak tk main #snapchat..

A post shared by Mya Matahari Official (@myaruslee) on

Mya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee popular menerusi beberapa lagu antaranya Matahari dan Diari Biru sekitar 1990-an dan kembali membuat kemunculan semula selepas menyertai program Gegar Vaganza.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DBongkar

Sumber : hmetro