Jangan buat lagi…LIMA lelaki diberi amar4n

LIMA lelaki diberi amaran selepas melakukan solat sunat tarawih berjemaah di surau di Kuala Terengganu ketika rondaan pihak berkuasa pada Ramadan ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Mohd Adnan Abdullah berkata, tindakan mereka berkumpul itu tetap salah walaupun mematuhi jarak sosial ditetapkan termasuk kedudukan jemaah dalam saf.

“Semua pihak perlu akur dengan arahan tidak membenarkan solat sunat tarawih berjemaah dilakukan di masjid dan surau sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Hanya petugas masjid dan surau dipilih antara tiga orang sahaja dibenarkan berada di rumah ibadat itu bagi melaungkan azan.

“Justeru, masyarakat Islam digalakkan melakukan solat sunat tarawih di rumah masing-masing bersama ahli keluarga bagi mengelak mereka daripada terdedah kepada risik0 penularan Covid-19,” katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, hari ini.

Mohd Adnan berkata, pihaknya berharap masyarakat di Terengganu mematuhi arahan ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Katanya, kerajaan sedang bekerja keras menangani Covid-19 dan semua pihak perlu memberi kerjasama.

“Individu tidak mematuhi arahan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenay4h Syariah Takzir Terengganu 2001 kerana menghin4 atau mengingkari pihak berkuasa agama.

“Bagi kesaIahan ini, individu yang terbabit boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenj4ra selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesaIahan,” katanya.

Jepun Isytihar Darurat, Menyesal Tamatkan Perintah Berkurung Terlalu Awal

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DBongkar

Sumber : Hmetro