Jepun Isytihar Darurat, Menyesal Tamatkan Perintah Berkurung Terlalu Awal

Hokkaido, iaitu pulau di utara Jepun ini telah dilanda gelombang kedua COVID-19.

Sebanyak 135 j4ngkitan COVID-19 dalam tempoh seminggu dilaporkan selepas menamatkan perintah berkurung tiga minggu apabila kes jangkitan berkurang kepada satu angka.

Perintah berkurung yang ditamatkan pada 19 Mac lalu bagi membolehkan perniagaan dan sekolah ber0perasi, kini mengisytiharkan darurat kecemasan.

Pengerusi Pertubuhan Perubatan Hokkaido, Dr Kiyoshi Nagase, berkata beliau menyesal kerana perintah berkurung ditamatkan terlalu awal di wilayah dengan 5.3 juta penduduk itu.

“Ini bermakna kita mungkin perlu menunggu hingga tahun depan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan kita boleh menamatkan perintah berkurung tanpa risau,” katanya.

Pakar kawalan penyakit berjangkit di Health Sciences University, Hokkaido, Prof Yoko Tsukamoto, turut bersetuju bahawa perintah berkurung ditamatkan terlalu awal.

“Pada masa itu, kita tidak mempunyai maklumat yang mencukupi atau pengetahuan mengenai wab4k COVID-19.

“Namun, kita tidak boleh persalahkan sesiapa kerana keputusan (menamatkan perintah berkurung) dibuat berdasarkan penurunan kadar j4ngkitan kepada hanya satu atau dua kes sehari.

“Tapi kini kita sedar ini menjadi kesiIapan terbesar, walaupun pada masa itu ia adalah tindakan yang wajar dilakukan,” katanya.

Hokkaido melap0rkan 38 kes baharu COVID-19 kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan 688 jangkitan selain seorang maut, menjadikan jumlah keseluruhan 27 kem4tian iaitu yang kelima tertinggi di Jepun.

Kes pertama COVID-19 di Hokkaido dikesan pada seorang pelancong China dari Wuhan ketika Festival Salji Sapporo pada Februari lalu sebelum perintah berkurung diisytiharkan, yang dihadiri dua juta orang.

Keadaan yang sama berlaku di Ontario, Kanada di mana penurunan kes baharu COVID-19 selama tiga hari berturut-turut menyaksikan peningkatan mendadak kelmarin dengan 525 kes baharu dan 59 kem4tian dalam 24 jam.

Pada 24 April lalu, Ontario merekodkan 640 kes harian baharu diikuti 476 kes pada hari berikutnya, 437 kes selepas itu dan 424 kes pada hari seterusnya.

Bagaimanapun, berlaku peningkatan mendadak 525 kes iaitu penambahan 101 kes berbanding hari sebelumnya.

Secara keseluruhan, Ontario mencatatkan 15,381 kes COVID-19 yang disahkan termasuk 951 kematian dan 8,964 pesakit yang sudah sembuh.

Sumber: Berita Harian via Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DBongkar