“Bebas Bergerak Seolah2 Kampung Mereka..” PATI Berhijrah Ke ‘Port’ Baharu Dan Wujudkan Perkampungan Mereka Sendiri.

SELEPAS menguasai dan ‘menj@jah’ beberapa lokasi utama sekitar ibu negara, warga aslng termasuk pendatang aslng tanpa izin (Pati) kini dikesan mula ‘beralih angin’ menjadikan pinggir bandar sebagai penempatan mereka.

Beberapa lokasi di Sungai Buloh, Sungai Besi, Pekan Subang Lama, Kepong, Gombak, Kajang, Subang Jaya, Serdang dan Klang kini mula dipenuhi warga aslng yang dilihat berkeliaran di kawasan berkenaan.

Tinjauan Harian Metro di semua lokasi terbabit mendapati kawasan itu boleh diibaratkan sebagai ‘kampung’ bagi warga aslng.

Pemerhatian wartawan mendapati di Kampung Baru Sungai Buloh terdapat pasar harian digelar ‘Pasar Bangla’ wujud rentetan dikuasai kumpulan terbabit selain penempatan mereka dilihat sekitar kilang di kawasan berkenaan.

Di beberapa kawasan lain, premis perniagaan dimonopoli pendatang Indonesia, India, Thailand, Myanmar, Vietnam dan Kemboja yang mengendalikan perniagaan secara terbuka, bahkan mampu menggaji pendatang lain.

Selain kedai makan dan restoran, jenis perniagaan diusahakan mereka termasuk kedai jahit, kedai runcit dan dobi.

WARGA aslng bebas bergerak seolah-olah seperti di kawasan kampung mereka.

Ketika tinjauan dilakukan, warga aslng terbabit dilihat kebaI dan tidak takvt dengan tindakan undang-undang yang bakal dihadapi malah, mereka dilihat bebas bergerak seolah-olah ia memang kawasan kampung mereka.

Buktinya, lensa kamera jurugambar merakam aktiviti mereka yang dilihat ‘selamba’ dan bebas menjalankan perniagaan di premis masing-masing tanpa rasa takvt.

Seorang penduduk tempatan, Mohd Fadli Hamzah, 42, mendakwa pasar di Kampung Baru Sungai Buloh bukan baru bagi warga aslng yang tinggal di kawasan berkenaan.

“Sudah beberapa kali video berhubung penempatan dan pasar berkenaan ditularkan namun sehingga kini masih belum diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

“Paling tidak masuk akal apabila premis milik warga tempatan diperiksa, tetapi premis warga aslng yang terletak kira-kira 500 meter tidak periksa,” katanya.

Menurutnya, penduduk sekitar termasuk penduduk di Kampung Paya Jaras kini mula rim4s dengan kehadiran warga aslng yang ramai di kawasan berkenaan.

“Memang diakui kawasan ini adalah kawasan industri, tetapi adakah semua warga aslng berkenaan mempunyai permit yang sah?

“Ketika w4bak C0vid-19 melanda ini, mereka dilihat semakin ramai mungkin kerana banyak kilang yang tutup dan tidak menjalankan perniagaan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan wartawan di Pekan Sungai Besi, dekat sini, yang terkenal dengan kedai j4hitan dikendalikan warga aslng mendapati, kebanyakan premis tidak dibuka berkemungkinan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan sekarang.

Hanya tiga kedai j4hit dilihat masih beroperasi dan ia dikendalikan warga aslng. Namun, dalam premis itu dilihat menggantung lesen milik warga tempatan.

Status sama ada pemilik asal premis itu menggaji warga aslng ataupun pekerja aslng terbabit menggunakan lesen warga tempatan tidak dapat disahkan.

Malah, ketika wartawan bertanya kepada warga aslng terbabit, rata-rata mereka hanya mendiamkan diri.

Namun, penduduk sekitar yang enggan dikenali memberitahu wartawan bahawa, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu premis j4hitan sepanjang laluan utama pekan berkenaan masih dikendalikan ramai warga aslng biarpun lokasi sama pernah diserbu pihak berkuasa sebelum ini.

Selain kedai j4hit, wartawan juga mendapati terdapat kedai runcit dikendalikan warga aslng di pekan itu.

Penguasaan warga aslng ini mencetvs kebimb4ngan bukan saja mengenai kebergantvngan negara terhadap tenaga kerja asing, malah, turut mencetvs pelbagai risik0 termasuk dari segi sosial, jen4yah dan kesihatan ketika w4bak C0vid-19 melanda negara ketika ini.

5 juta warga aslng tinggal secara h4ram

Seramai tujuh juta warga aslng termasuk pendatang aslng tanpa izin (Pati) dan pelarian direkodkan tinggal di negara ini sehingga awal tahun lalu.

Perkara itu direkodkan hasil kajian sejak dua tahun lalu yang dilakukan Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF).

Pengerusinya, Halim Ishak berkata, daripada bilangan itu kira-kira lima juta warga aslng tinggal secara h4ram dan tidak mempunyai permit kerja sah di seluruh negara.

“Isv Pati bukan perkara baharu namun jumlah mereka dilihat semakin meningkat sejak dua tahun lalu disebabkan beberapa faktor antaranya integriti pasukan penguatkuasaan.

“Angka yang tinggi ini menunjukkan penguatkuasaan yang Iemah dari segelintir individu yang mempunyai kepentingan dan seolah-olah mempunyai kelompongan dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap warga asing,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Halim turut mended4hkan hampir keseluruhan warga aslng yang berada di negara ini bakal dikategorikan sebagai Pati kerana gag4l memperbaharui permit kerja yang sah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

“Pandemik C0vid-19 yang melanda ketika ini menyerlahkan lagi kehadiran warga aslng yang tiada dokumen. Kita dapat lihat operasi dijalankan pihak berkuasa di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Tidak din4fikan penguatkuasa memang menjalankan operasi namun operasi berkenaan perlu menyeluruh dan tidak bermusim,” katanya.

Sumber: harian metro

Be the first to comment on "“Bebas Bergerak Seolah2 Kampung Mereka..” PATI Berhijrah Ke ‘Port’ Baharu Dan Wujudkan Perkampungan Mereka Sendiri."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*