Terkini C0VlD-19: Malaysia ‘Bersih’ Dari Zon Merah Mengikut Taburan Ke$ Setiap Daerah – KKM

 

Putrajaya, 29 Jun – Tiada zon merah C0VlD-19 direkodkan hari ini berbanding satu zon semalam.

Dalam kemaskini di laman Twitter, Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan satu-satunya zon merah dicatatkan semalam iaitu daerah Rembau, Negeri Sembilan kini bertukar menjadi zon kuning.

“Pergerakan 14 hari taburan ke$ C0VlD-19 mengikut daerah di Malaysia.

“Tiada daerah yang ditandakan sebagai zon merah pada hari ini berbanding 1 zon merah semalam (Rembau),” tulis kenyataan tersebut.

Sebanyak 31 ke$ C0VID-19 direkodkan di Rembau buat masa ini sekaligus menjadi daerah dengan ke$ tertinggi di Malaysia.

Zon yang memiliki ke$ C0VID-19 kedua tertinggi ialah Lembah Pantai (11) diikuti Bintulu (7) dan Sepang (6).

Sumber: KKM via siakap keli

Be the first to comment on "Terkini C0VlD-19: Malaysia ‘Bersih’ Dari Zon Merah Mengikut Taburan Ke$ Setiap Daerah – KKM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*