“Demi Mengejar Cita-Citaku..” – Adik Muhammad Azwar Gigih Belajar Membaca Al-Quran Braille Demi Cita-Cita Yg Mulia.

SELEPAS setahun penglihatan terjej4s akibat ketvmbuhan di kepala, johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah 2018, Muhammad Azwar Mohd Ariff, 13, kini belajar membaca al-Quran braille bagi membantunya mengejar cita-cita sebagai guru al-Quran.

Ibunya, Che Anisah Md Saad, 44, berkata, Azwar mempelajari tulisan itu menerusi telefon bersama seorang guru al-Quran braille, Sumairi Zainol yang berada di Kuala Lumpur.

Katanya, walaupun pada mulanya Azwar svkar untuk menerimanya, namun dia kini mengenali huruf-huruf hijaiyah braille terawal iaitu alif, ba dan ta.

“Sepatutnya saya menghantar Azwar belajar dengan seorang guru al-Quran braille di Sungai Petani, namun saya dan suami buat keputusan untuk dia belajar secara telefon sahaja akibat kek4ngan kewangan untuk berulang alik dari Sik ke Sungai Petani setiap hari.

“Jika ikutkan, Ustaz Sumairi mahu mengambil Azwar untuk tinggal dengannya di Kuala Lumpur, tetapi Azwar masih memerIukan r4watan susulan di H0spital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, H0spital Pulau Pinang dan H0spital Sik beberapa kali dalam sebulan.

“Azwar baru enam hari belajar, tetapi nampak dia bersemangat untuk belajar, abjad a, b, c pun dia sedang belajar, saya nampak dia mahu majukan diri walaupun keadaan kesihatannya tak seperti kanak-kanak lain,” katanya yang tinggal di Pondok Tok Guru Haji Salleh, Sik ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Azwar disahkan mengh1dap ketvmbuhan di kepala yang menyek4t pengaliran air ke tvlang belakang dan doktor melakukan pembed4han menebvk bahagian itu bagi mengeluarkan air, tahun lalu.

Pada majlis Sambutan Maal Hijrah 2018, Azwar yang berkerusi roda, antara penerima anugerah yang disampaikan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Ibu kepada lima anak itu, berkata penglihatan Azwar sangat terhad dan hanya boleh nampak s4mar-s4mar individu yang berada di hadapannya.

Katanya, Azwar juga sedang belajar menggunakan t0ngkat di h0spital dan turut meIakukan terapi mata seperti melukis.

“Tahun lalu dia menyatakan rasa terkiIan tak dapat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana bimb4ng gagaI menjadi guru kerana tidak memiliki sijil.

“Tapi saya sering pujuk Azwar supaya dia tak r1sau kerana rezeki itu hak Allah, mungkin satu hari nanti dia dapat jadi guru al-Quran braille dan membantu insan lain yang senasib,” katanya.

Che Anisah yang juga guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), berkata dia menggunakan hampir kesemua gajinya setiap bulan untuk mer4wat Azwar.

Katanya, selain itu suaminya, Mohd Ariff Ismail, 47, bekerja sebagai tvkang rumah secara sambilan kerana perlu membawa Azwar ke h0spital untuk r4watan susulan.

Mereka yang mahu membantu boleh menghubungi Che Anisah menerusi nombor telefon 01124253733.

Sumber: HM

Be the first to comment on "“Demi Mengejar Cita-Citaku..” – Adik Muhammad Azwar Gigih Belajar Membaca Al-Quran Braille Demi Cita-Cita Yg Mulia."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*