C0VlD-19: Mulai Esok Individu Pulang Dari Sabah Akan Diku4rantin.

Kuala Lumpur: Semua individu yang pulang dari Sabah akan menjalani saringan kesihatan C0v1d-19 di Pintu Masuk Antarabangsa bermula esok sehingga 10 Oktober.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah penceg4han dan kawalan penuIaran j4ngkitan C0v1d-19 ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari Sabah bagi memantau r1siko penularan j4ngkitan dalam kalangan individu berkenaan.

“Mereka diwajibkan untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan daftar masuk menggunakan aplikasi ini setibanya di Pintu Masuk Antarabangsa dan menjalani saringan gej4la j4ngkitan saluran pern4fasan.

“Mereka juga akan menjalani ujian saringan pengesanan C0v1d-19 sejurus tiba di Pintu Masuk Antarabangsa dan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, semua individu di Pintu Masuk Antarabangsa akan diberi surat HSO, dan dipakaikan gelang ku4rantin.

“Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan di pintu masuk sehingga keputusan makmal diperolehi. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan neg4tif C0v1d-19.

“Sekiranya terdapat individu yang perlu meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing dengan menaiki kender4an awam seperti teksi dan khidmat e-hailing, surat kebenaran untuk ke alamat yang ditetapkan akan diberikan pada hari berkenaan,” katanya.

Menurutnya, sekiranya individu berkenaan mengalami gej4la j4ngkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu berkenaan perlu menjalani saringan ulangan bagi C0v1d-19.

“Saringan ke atas individu (warga negara dan bukan warga negara) yang pulang dari Sabah ini dikecualikan daripada caj ujian C0v1d-19.

“Tempoh pelaksanaan langkah penceg4han dan kawalan penularan j4ngkitan C0v1d-19 ke atas individu yang baru pulang dari Sabah akan disem4k dari semasa ke semasa, berdasarkan penilaian ris1ko penuIaran j4ngkitan pada masa berkenaan dan maklumat mengenai sebarang perubahan berkaitannya akan dimaklumkan kepada umum,” katanya

Sumber: KKM,hmetro

Be the first to comment on "C0VlD-19: Mulai Esok Individu Pulang Dari Sabah Akan Diku4rantin."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*