[Terkini] Anak PeIakon Terkenal ‘Kak Limah’ Ditemukan MninggaI Dunia Dalam Kereta.

Kuala Lumpur: Anak lelaki pelakon, Delimawati Ismail iaitu Zulfazli Jaafar ditemukan mninggaI dunia dalam kereta, di tepi jalan di Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor, petang semalam.

Delimawati ketika dihubungi berkata, menantunya memaklumkan anak lelakinya itu keluar berjumpa kawan.

“Dia beritahu isterinya nak keluar jumpa kawan, tapi apabila dihubungi dia tak jawab panggilan. Itu yang isterinya keluar cari dan tengok kereta ada di tepi jalan. Apabila isterinya periksa, dia sudah mninggaI dunia dalam kereta,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Delimawati tldak memaklumkan punca sebenar kemat1an anaknya itu, sebaliknya hanya mengatakan anaknya mungkin tidur dalam kereta yang penghawa dingin dihidupkan.

Delimawati yang popular dengan watak Hntu Kak Limah berkata, jnazah anaknya dibawa ke Masjid Al-Amin, Taman Tenaga Puchong untuk disolatkan sebelum dikebu mikan.

Terdahulu, Delimawati berkongsi hantaran di Instagram berkenaan kemat1an anaknya.

“Allahuakbar. Berat sungguh du.gaan Kau berikan di hujung Ramadan ini. Kau jemput satu-satunya anak lelaki yang aku tinggaI.

“Dengan anak-anaknya yang masih kecil. Pergilah sayang ibu reda. Semoga Allah menempatkan anak ibu di syurga.

“Ya Allah Kau lapangkan ku.burnya anakku Zulfazli Jaffar. Cantikkanlah rumah barunya. Ibu am.punkan segala-galanya. Tenanglah kamu di sana. Tunggu ibu ya sayang. Ibu akan menyusul nanti,” katanya.

Sumber: hm

Be the first to comment on "[Terkini] Anak PeIakon Terkenal ‘Kak Limah’ Ditemukan MninggaI Dunia Dalam Kereta."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*