[Video] “Sudah Tiada Apa2 Hubungan Istimewa Antara Saya Dan Vida, Hrap Ianya Jelas..”- Iqbal

Kisah hubungan antara usahawan sensasi Iqbal Zulkefli dan Datuk Seri Vida rasanya tak perlu diperjelaskan lagi kepada umum. Mana tidaknya, sejak akhir-akhir ini, ada sahaja perkongsian video ‘sweet’ mengenai dua selebriti itu sehingga menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen.

Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Iqbal di IG storynya, dia mended.ahkan bahawa tiada hubungan yang istimewa antara dia bersama Vida.

Iqbal memaklumkan perkara tersebut selepas dia menjawab pertanyaan daripada saIah seorang pengikutnya di Instagramnya semalam mengenai kesahihan berita mengenai percintaannya bersama Vida.

Malah, usahawan yang berusia 28 tahun itu mene.gaskan status dia dan Vida hanya sebagai kawan sahaja dan pada ketika ini, dia tidak mencari teman wanita namun, dia akan menerima individu yang sesuai dalam kehidupannya untuk dijadikan sebagai teman hidup.

“Sudah tiada apa-apa hubungan istimewa lagi antara saya dengan Vida. Saya harap ini jelas. Tiada lagi lsu main perasaan atau kenyataan ‘over cIaims’ dari saya melainkan konten daripada orang lain, itu saya tak ambil kisah.

“Saya berhubung sebagai kawan sahaja. Saya tidak mencari. Jika ada yang sesuai datang, saya terima. mudah-mudahan, tepat waktunya,” jelasnya.

Terdahulu, tular di laman sosial, Iqbal mengakui perasaan cintanya terhadap Vida masih kekal sama seperti dahulu dan disebabkan itulah, rata-rata netizen mendoakan mereka agar dijodohkan bersama.

Video:

Sumber: Instagram @ahmadiqbalzulkefli

Be the first to comment on "[Video] “Sudah Tiada Apa2 Hubungan Istimewa Antara Saya Dan Vida, Hrap Ianya Jelas..”- Iqbal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*