[Terkini] Tahniah! Dengan Sekali Lafaz, Pnyanyi Mas Idayu Sah Bgelar lsteri Kpd Sufian lsa.

Penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu,50, selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hatinya, Sufian Isa,51, yang juga Penerbit Eksekutif sebuah stesen televisyen tempatan.

Majlis akad nikah itu diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi.

Pasangan merpati dua sejoli itu dinikahkan oleh jurunikah Imam dan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kg Baru, Ustaz Haji Azizi Abd Hamid sambil berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.

Pemilik nama Mas Idayu Mesnun atau mesra disapa ‘mummy’ menerima mas kahwin sebanyak RM 1001. Bagaimanapun, pasangan tersebut memilih untuk merah.siakan jumlah wang hantaran.

Dalam pada itu, pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dibalas dengan tujuh dulang oleh pihak perempuan dan majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama.

Terdahulu, Mas Idayu memberitahu nilai keseluruhan majlis perkahwinan tersebut dianggarkan mencecah angka lebih RM7 juta daripada pelbagai pihak merangkumi lokasi, katering, busana dan aksesori.

Sekadar info, Mas Idayu dan Muhammad Sufian saling mengenali sejak program Mentor 3 pada tahun 2008 dan mula serius menjalinkan hubungan ‘bibit percintaan’ pada tahun ini.

Sebelum ini, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada tahun 1997 dan berc.erai pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Dayni Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "[Terkini] Tahniah! Dengan Sekali Lafaz, Pnyanyi Mas Idayu Sah Bgelar lsteri Kpd Sufian lsa."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*